Tidak pernah memakai seluar panjang selama 30 tahun, walaupun semasa perkahwinannya, tetapi lelaki itu kini telah menjalani sebuah ‘transformasi’ yang luar biasa!

Tidak pernah memakai seluar panjang selama 30 tahun, walaupun semasa perkahwinannya, tetapi lelaki itu kini telah menjalani sebuah ‘transformasi’ yang luar biasa!

Tidak pernah memakai seluar panjang selama 30 tahun, walaupun semasa perkahwinannya, tetapi lelaki itu kini telah menjalani sebuah ‘transformasi’ yang luar biasa!

Percaya atau tidak, lelaki ini tidak pernah memakai seluar panjang sejak tahun 1987 sehingga dia muncul dalam  rancangan TV Rachael Ray. Isterinya sendiri yang telah memintanya untuk membuat perubahan dan selepas 30 tahun, dia akhirnya bersetuju untuk melakukan perubahan itu.

Ini dia John Long, seorang pekerja pembinaan di Phoenixville, Pennsylvania. Dia dikatakan telah mengenakan gaya yang sama untuk rambut dan seluar pendeknya dalam jangka masa yang sangat lama. Bagi John, dia tidak kisah akan apa sahaja yang berlaku tanpa mengira cuaca atau peristiwa, dia tetap dengan seluar pendeknya, walaupun pada musim sejuk ketika dia berada di luar yang dipenuhi salji!

“Kami tinggal di Philadelphia dalam cuaca rendah yang melampau,” kata isterinya, Rose. “Dia seorang pekerja pembinaan dan kami mempunyai perniagaan membersihkan salji di jalan. Kita akan keluar membajak salji dengan seluar pendeknya! “

Menurut Rose juga suaminya telah ‘menarik perhatian’ ramai apabila dia dengan selambanya telah ke restoran dengan seluar pendeknya walaupun cuaca pada ketika itu sangat sejuk. Orang ramai melihat mereka dengan pandangan yang aneh, siapa sahaja yang tahan dengan cuaca ketika musim sejuk?

Dia menambah, “Pada hari perkahwinan kami, dia memakai seluar tuksedonya dipotong menjadi seluar pendek.”

Bukan sahaja John enggan memakai seluar selama beberapa dekad, tetapi rambutnya juga adalah sebuah “isu” bagi Rose.

“Rambutnya adalah masalah. Kami tidak pernah bercakap mengenainya sehingga saya melakukan rambutnya,” katanya.

Rose yang merupakan seorang penata rambut, bergurau dengan mengatakan bahawa dia hampir tidak dapat mengingati warna rambut asal suaminya.

Apabila transformasi gaya John selesai, sudah tiba masanya untuk menunjukkan gaya barunya!

© YouTube | Rachael Ray Show

Dengan gaya beserta cara pemakaiannya yang baru telah membuatkan dia kelihatan begitu berbeza sekali. Rose adalah antara orang yang sangat bahagia dan gembira akan perubahan yang dilakukan oleh suaminya.

Rachael mengatakan bahawa dengan jeans yang dikenakan John jelas menunjukkan dia kelihatan lebih muda, cergas dan lebih kurus jika dibandingkan ketika dia menggenakan seluar pendek.

John mengakui bahawa dia agak pelik dengan gaya barunya pada awalnya. Tetapi tidak lama selepas itu dia mula terbiasa dengan pembaharuan itu.

Jangan lupa untuk tonton video di bawah untuk melihat sendiri tranformasi yang dilakukan oleh John. Anda juga pasti akan terkejut seperti isterinya, Rose!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*