Shila Amzah Mengamuk Dibandingkan Dengan Neelofa

Neelofa merupakan seorang selebriti yang amat popular. Bukan sahaja popular dan jelita, Neelofa juga memang seorang yang bijak dari segi pelajaran dan juga hebat berniaga.

Malah kebijaksanaan Neelofa membuatkannya telah dilantik sebagai Pengarah di syarikat penerbangan Air Asia. Memang kagum melihat kejayaan pengacar MeleTOP ini.

   

Boleh dikatakan Neelofa merupakan artis yang mempunyai pakej yang lengkap.

Apabila seseorang itu dianggap sempurna oleh para peminat, sudah tentu ada yang cuba membandingkan dengan orang lain. Itulah yang terjadi kepada Shila Amzah.

Shila Amzah baru-baru ini berkongsi komen dari seorang haters yang mengecamnya dan membandingkannya dengan Neelofa.

Komen itu ditulis di ruangan Youtube milik Shila Amzah, ini komennya:

Jangan cuba untuk bertutur seperti Neelofa, Neelofa dari MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) dan dia memperolehi 10 A dalam SPM. Awak dari Convent Bukit Nenas di mana pelajar kurang cerdik aliran sastera dalam kelas. Kami tahu sejarah hidup anda”

  

Ini fotonya:
Shila Amzah Mengamuk Dibandingkan Dengan Neelofa
Shila Amzah ternyata berang dengan komen tersebut dan mengatakan fakta dari netizen tersebut tunggang terbalik dan langsung tak masuk akal.

Dari respon balas Shila Amzah, dia mengatakan dia tidak ber sekolah di Convent Bukit Nenas.

Semoga Shila Amzah terus bertabah melayan perangai para netizen terutama haters.

Shila Amzah juga hebat orangnya. Sebagai penyanyi yang berjaya menembusi pasaran China, ianya boleh dikira amat hebat.

Untuk pengetahuan, Shila Amzah  telah me menangi pertandingan realiti Asian Wave di negara China, satu- satu artis dari Malaysia yang berjaya berbuat demikian.

Penyanyi ini dikatakan telah mempunyai kontrak selama 6 tahun dengan syarikat rakaman di negara China dengan bayaran yang lumayan.

Kejayaan ini memboleh kan Shila Amzah dianugerah Anugerah Kembara di Anugerah Industri Muzik.

Kepada Shila Amzah, di harap jangan di layan sangat komen komen negatif seperti ini.

Sumber: IG Shila Amzah

buletin kampung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*