“Saya Terima Nasihat Anda, Moga Sampailah Doa-Doa Itu” – Diperlekeh Tidak Bertudung, Akhirnya Elyana Buka Mulut Jawab Kecaman Netizen

Kepedulian netizen terhadap pengumuman Elyana tentang derita barah limfoma tahap empat yang dihidapinya menjadi ekstrim apabila isu penyanyi itu tidak berhijab diperdebatkan.

Ada segelintir netizen tampil berani dan lantang menegur penampilan Elyana yang masih belum berhijab di media sosial terutama Instagram Elyana sendiri.

Bagaimanapun, Elyana melihat isu yang dibangkitkan oleh netizen itu bersifat satu doa yang menyerunya ke arah kebaikan.

“Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan segala nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul.

“Saya setuju dengan komen-komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya.

“Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu,” tutur Elyana kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun, Elyana tidak menjadikan komen-komen yang mengkritik penampilannya tidak bertudung sebagai satu usaha melemahkan semangatnya.

“Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan.

“Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati.

“Saya menghargai setiap komen dan doa yang ditulis peminat kepada saya,” tambah Elyana lagi.

Elyana membuat pengumuman mengejutkan pada malam Ahad lalu selepas tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza 4 dengan memberitahu dia kini sedang menghidap kanser limfoma tahap empat.

Susulan itu, netizen yang kurang sensitif dengan keperitan dan penderitaan yang dialami Elyana meluahkan kata-kata negatif termasuk mempertikaikan imej Elyana tidak berhijab.


Tidak Ramai Tahu Elyana Juga Sedang Belajar Bertudung
PENYANYI dan pelakon Elyana mengambil pendekatan cuba menggenakan tudung pada setiap hari Jumaat sejak tiga tahun lalu.
Menurut selebriti berusia 29 tahun itu langkah tersebut diambil sebagai salah satu daripada usahanya untuk menjadi wanita Muslim yang lebih baik.

“Memang setiap hari Jumaat saya akan memakai tudung. Tambah pula saya mempunyai kelas pengajian al-Quran pada hari berkenaan.

Elyana Pakai Tudung Setiap Hari Jumaat

Elyana Pakai Tudung Setiap Hari Jumaat

Elyana Pakai Tudung Setiap Hari Jumaat

“Bukanlah hendak berlatih, tetapi Insya Allah ia adalah langkah pertama ke arah kebaikan. Alhamdulillah, saya selesa setiap kali berbuat demikian. Lagipun, adik-beradik saya semuanya sudah bertudung,” katanya dipetik Berita Harian.

Semoga langkah kecil Elyana ini akan membawanya ke sebuah penghijrahan yang lebih besar di masa akan datang. InsyaAllah. Semoga istiqamah Elyana! – MYNEWSHUB.CC

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @elyanaofficial

Sumber: http://www.gempak.com/artikel/7557/saya- terima- nasihat- anda moga sampailah- doa doa- itu- diperlekeh- tidak- bertudung- elyana- jawab -kecaman- netizen

Sumber: http: //www .mynewshub .cc/utama -sensasi elyana -pakai- tudung- setiap- hari- jumaat/

sumber era viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*