“Saya tahu mereka di bawah pengaruh dadah tetapi…”-Janna Nick Dedah Ada Kawan Artis Bagi Dadah Untuk Berseronok

Pernah ditawarkan dadah oleh rakan sesama artis, Janna Nick akui pernah teringin untuk mencubanya untuk menambahkan tenaga tetapi kerana masih berfikiran waras, beliau menolaknya. Jelasnya ramai rakan artis mengambil dadah bagi tujuan berseronok dan mengatasi tekanan.

“Sebagai manusia pasti terdetik rasa ingin mencuba tapi semuanya terletak pada pendirian masing-masing sama ada untuk terjebak atau tidak. Saya sendiri tidak mahu masa depan saya gelap disebabkan dadah”

“Jika bertemu mereka saya tidak akan berjumpa pada waktu bekerja. Walaupun kadang-kadang saya tahu mereka di bawah pengaruh dadah tetapi saya okey,” katanya kepada Projek MMO mengenai beberapa kenalan memberitahunya dadah boleh memberikan tenaga.

Walaupun tidak kisah berkawan dengan rakan yang mempunyai tabiat buruk, namun Janna selagi boleh mengelak untuk bertemu dengan mereka yang suka membawa dadah ketika keluar melepak. Sedih mendengar industri hiburan bergelumang dengan dadah, apalagi kebanyakkannya beragama Islam. (rtky/w)

Sumber rotikaya

Tak Percaya Pembantu Rumah Jaga Anak? Ini Yang Akim Dan Stacy lakukan. “Peliknya kalau dengan Stacy.. “- Akim

Penyanyi Akim Ahmad akui tidak pernah percayakan pembantu rumah atau orang luar untuk menjaga anaknya, Eshaal yang baru berusia 10 bulan.

Akim berkata dia dan isteri, Stacy lebih sanggup bergilir-gilir menjaga anak mereka demi keselamatan.

“Saya memang sukar untuk percayakan pembantu rumah atau orang luar untuk menguruskan anak saya.

“Kecuali keluarga terdekat. Kami ada pembantu tetapi tugasnya hanya untuk mengemas rumah sahaja.

“Jadi saya dan Stacy akan bahagikan masa dan jadual untuk bergilir-gilir menjaga anak kami sebab dia dah mula aktif menyanyi.

“Kalau dia kerja, saya akan jaga dan begitu juga sebaliknya.

“Kami cuma tak percaya orang lain untuk menjaga mereka,” katanya kepada Astro Gempak.

Selain Eshaal, pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat bernama Bella berusia 5 tahun.

Pun begitu, Akim terpaksa akui tugasan menjaga bayinya Eshaal agak mencabar jika dia seorang sahaja mengambil alih tugas tersebut.

“Saya tak kisah untuk menguruskan benda lain tetapi paling susah bila hendak tidurkan anak.

“Bila saya yang tidurkan pasti akan ambil masa yang lama.

“Peliknya kalau dengan Stacy senang pula mereka tidur.

“Apa-apa pun seronok dapat meluangkan masa dengan mereka,” katanya lagi.

Akim dan Stacy berkahwin pada 5 Februari 2016.

Sumber:http://www.gempak.com/artikel/7531/tak-percaya-pembantu-rumah-jaga-anak-akim-stacy-sanggup-bergilir#.WhvlKXijzf4.facebook

sumber era viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*