nilah Kisah betul BADANG!!! Batu terbelah dua kerana terkena hentakan kepala Badang

Baru-baru ni kita ada superhero baru dalam filem Badang, filem ni mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ramai jugak yang kutuk filem ni, sampai hero filem ni mengamuk dan kata filem Badang lebih baik daripada Black Panther. Bagi sesiapa yang membesar pada zaman kanak-kanak main bola sepak sampai azan Maghrib berkumandang, kami yakin korang pernah dengar cerita tentang Badang.

Kalau korang nak tahu, rating filem Badang dalam Internet Movie Database (IMDb) adalah 1/10. Masa artikel ni kami tulis, dah 376 orang undi filem ni kat sana. Apabila pengarah filem ini ditanyaberkenaan kualiti filem yang teruk, dia mengatakan filem ini sebenarnya sesuai untuk kanak-kanak. Dia juga percaya ada orang kutuk filem tu sebab tak suka dengan perangai Aliff Syukri.

“Ramai yang mengutuk sebenarnya belum menonton filem itu, dan membuat komen berdasarkan andaian saja. Jalan cerita Badang tidak boleh berat dan perlu mengandungi elemen disukai kanak-kanak. Apabila menyaksikan filem itu, cuba letak diri (anda) sebagai kanak-kanak.” Dato Prof. Dr. A Razak Mohaideen, dipetik dari HMetro

Sebenarnya kisah tentang Badang ni menarik untuk korang ketahui. Hari ni kami cuba bawakan korang beberapa cerita tentang Badang. Sekurang-kurangnya kalau lepas ni korang nak bercakap tentang Badang, adalah poin-poin yang korang boleh sediakan.

Cerita Badang yang makan muntah jin

 

(Bahagian ni dan “bahagian Jin tu tak tipu badang” banyak merujuk tulisan Helmi Effendy yang bertajuk Kerajaan Melayu Purba Singapura yang Hilang Ditelan Zaman pada laman web The Patriots)

Mengikut kisah dulu-dulu, Badang ni anak Melayu yang kecil dan lemah. Dia berasal dari Sayong Pinang yang terletak di negeri yang dah menang Piala AFC. Dia bekerja dengan orang kaya yang berasal dari Salung, Acheh. Oleh sebab masa tu belum ada gaji minima, dia hanya diberikan upah segenggam beras sehari. Kalau kita fikir logik, manalah cukup untuk bekalan seharikan?

Oleh sebab satu genggam nasi tak cukup, Badang pun buatlah parti time job, dia buat kerja menangkap ikan. Pada satu hari, ikan hasil tangkapan Badang dimakan oleh jin yang mendiami kawasan hutan. Apa lagi, Badang pun marah lalu menangkap jin tu. Apabila jin tu berjaya ditangkap, Badang berniat untuk membunuhnya. Jin tu pun panik dan berjanji akan menunaikan permintaan Badang jika dilepaskan.

Memandangkan Badang ni bertubuh kecil dan sering dipandang rendah, dia pun minta supaya dapat tenaga yang luar biasa, kuat macam Superman gitu. Mendengar permintaan Badang, jin tu pun meminta Badang untuk memakan muntahnya. Kalau kami, tak lalu kami nak makan muntah, lebih-lebih lagi muntah jin. Badang pun makan muntah jin sebab percaya jin tu tak berbohong.

Jin tu tak tipu Badang, dia betul-betul jadi “Superman”

Kepercayaan Badang untuk makan muntah jin ni tak sia-sia, dia berjaya memiliki kekuatan yang luar biasa. Dia pun bantu tuan dia untuk bersihkan kawasan hutan yang luas untuk dijadikan kawasan tanaman. Apa lagi, tuan dia pun gembiralah, lalu Badang dibebaskan daripada menjadi hamba. Oleh sebab dia dah bebas, Badang pun mengembara mencari pengalaman sampailah ke Singapura Purba.

Kacak juga lakaran wajah Badang ni. Imej dari Berita Harian

Semasa tengah menggembara, Badang terlihat 50 orang cuba menolak kapal yang besar ke laut, namun gagal. Dia pun cubalah nak membantu, oleh sebab fizikal badang ni agak kecil, orang yang ada kat situ tak percaya dan tak nak bagi peluang. Pemerintah Singapura Purba masa tu  Raja Sri Rana Wikrama, Raja tu pun hantarlah 300 orang untuk tolak kapal yang sama, tapi masih gagal.

Badang pun berkeras kata cuma dia je yang mampu tolak kapal ni. Dah Badang masa ni confident gila dia boleh tolak kapal yang 300 orang tak boleh tolak tu, Raja Sri Rana Wikrama pun berilah dia peluang. Sebab Badang ni ada kuasa macam Superman, dia relaks je berjaya tolak kapal besar tu. Kita ni nak tolak kereta yang tak boleh start pun dah sakit pinggang, Badang selambe je tolak kapal laut.

Kepala Badang terhantuk pada batu, batu tu terbelah dua

(Bahagian ini banyak merujuk artikel Malayan Literature dan Blog Cerita Rakyat Melayu)

Kisah ni dikatakan terjadi apabila raja teringin nak makan ulam pucuk Turas. Ketika raja bertanya kepada bendahara tentang bagaimana nak dapatkan pucuk Turas tu, baginda diberitahu pucuk Turas berada pada pokok tinggi yang tak ada siapa berani nak panjat. Pokok tu berada di Kuala Sayung. Raja pun berhajat nak mengutuskan Badang untuk pergi mengambil pucuk Turas tu.

“Apa pendapat datuk kalau kita titahkan Badang pergi mengambil pucuk kuras itu? Beta percaya Badang yang gagah perkasa itu berani memanjat pokok kuras yang tinggi itu!” – Raja Singapura Purba, dipetik dari Blog Cerita Rakyat

Bendahara pun setuju dengan cadangan raja, dan Badang pun pergilah cari pokok tu. Apabila dia sampai ke Kuala Sayung, dia pun tengok satu pokok yang amat tinggi, cecah awan gitu.Tinggi macam Korin Tower dalam Dragon Ball kot. Dia pun mulalah panjat, tengah-tengah panjat, tiba-tiba ada dahan pokok yang patah. Badang pun jatuh dan kepalanya terhantuk di batu. Punyalah power Badang ni, batu tu yang terbelah dua.

Macam ni kot batu tu terbelah dua. Imej dari Mirror Reading

Dia pun panjat pokok tu sekali lagi dan akhirnya dapat pucuk dan buahnya sekali. Apabila Badang kembali ke istana, raja memuji-muji kehandalan Badang. Dia pun diberikan sepasang baju tanda terima kasih raja kepadanya.

Badang Ketua Angkatan Tentera Singapura Purba

Siapa je tak kagum kalau tengok seorang lelaki dapat tolak kapal besar atau kepalanya mampu pecahkan batu. Raja Sri Rana Wikrama pun lantiklah Badang ni jadi Ketua Tentera SingapuraPurba. Nama Badang sebagai lelaki yang mempunyai kuasa luar biasa pun tersebar kat seluruh dunia. Ada seorang raja dari India ni dengar kehebatan Badang. Dia rasa tercabar dan bawa pahlawan dari India untuk beradu tenaga dengan Badang. Nama pahlawan dari India tu adalah Nadi Bijaya.

Raja India tu bukan setakat ajak Badang lawan Nadi Bijaya, dia siap letakkan pertaruhan siapa yang menang akan diberikan tujuh buah kapal yang diisi penuh dengan barang-barang. Dua pahlawan ni pun bertarunglah untuk cari siapa yang paling hebat, macam-macam pertandingan mereka buat. Akhirnya mereka dapat keputusan seri, tak sangka ada orang mampu saingi Badang.

sumber http://www.beritaviral.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*