Memang tak disangka artis2 ni pandai mengaji biarpun diaorang pandai menyanyi!Tak dapat disangka kan lagi,Artis nombor 3 mesti korang TERKEJUT!!

Siti Nurhaliza

Ramai yang sudah tahu kemerduan suara dan bakat Siti Nurhaliza sebagai penyanyi. Tetapi berapa ramai pula peminat yang pernah mendengar penyanyi popular itu mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran?

Anda akan dapat menyaksikan Siti Nurhaliza mengaji al-Quran dalam satu program televisyen (TV) tidak lama lagi.

Menurut Siti, ini adalah kali pertama dia mengaji untuk diperdengarkan kepada khalayak menerusi kaca TV.

“Siti rasa gembira kerana dapat peluang ini. Ini kali pertama Siti mengaji di TV tetapi sebelum ini Siti pernah mengadakan majlis khatam al-Quran semasa perkahwinan kakak Siti (Ida) pada 1996.

“Melalui cara ini Siti dapat mempertingkatkan lagi mutu bacaan al-Quran Siti. Ini satu pengalaman yang baik untuk Siti kerana sebelum rakaman dimulakan, Siti dilatih oleh seorang guru al-Quran iaitu Ustaz Mohd. Taha Hassan, 24, yang merupakan anak kepada guru al-Quran terkemuka, Datuk Hassan Azhari.

“Siti bersyukur kerana dapat bimbingan daripada anak guru al-Quran terkenal. Walaupun ada sedikit kesukaran tetapi Siti seronok dapat menambah ilmu.

“Siti ambil masa hampir sejam untuk memperbaiki bacaan Siti sebelum rakaman program itu dimulakan.

“Selain itu, Siti juga hadapi sedikit masalah daripada segi tajwid dan harakat.

“Bagaimanapun Siti rasa puas walaupun cuma dapat belajar dua ayat dalam program ini,” ujar Siti sewaktu ditemui selepas rakaman program itu di Cheras, Kuala Lumpur petang kelmarin.

Sementara itu, Mohd. Taha berkata Siti tidak menghadapi masalah untuk membaca al-Quran kerana penyanyi berusia 27 tahun ini mempunyai mutu suara yang baik.

“Siti boleh mengaji dengan baik. Dia tidak menghadapi masalah untuk melagukan atau melenggok kan sesuatu ayat itu mengikut hukum- hukum yang sudah ditetap kan.

“Cuma Siti perlu berlatih lebih lagi daripada segi makhraj iaitu bagaimana cara untuk menyebut huruf dengan betul.

“Siti juga ada sedikit kelemahan untuk memulakan bacaan, tempat berhenti atau istilah nya dipanggil wakof ibtida,” kata Mohd. Taha yang mempunyai ijazah Usuluddin Tafsir dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Rakaman Siti mengaji itu akan disiarkan menerusi TV1 pada 20 dan 21 Oktober ini, beberapa minit sebelum azan maghrib disiarkan.

Selain Siti, Mawi (Akademi Fantasia 3), Bienda, Datuk Sarimah, Nash (Lefthanded) dan Munif (Hijjaz) turut menjayakan program yang akan disiarkan secara berasingan mulai 19 Oktober hingga 2 November ini.

Melalui program ini, Siti memperdengarkan bacaan surah Al-Baqarah ayat 22 dan ayat 164.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz513dZjykP
© Utusan Melayu (M) Bhd

sumber http://kisahbaru.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*