KECOH!!“Aku ni sarat2 pun pegi jugak keje sbb fikir tggjwb. Hero yg x btggjwb tu jugak yg korang simpan dlm industri. ” Jihan Musa Tuju Kat Siapa Tu? FA Ke? Abang Tak Cakap.

Alamak, nampaknya beberapa jam yang lalu Jihan use ada muat naik satu status memerli seseorang. Tetapi kami tertanya-tanya untuk siapa?

Memang jarang kita nampak Jihan memerli orang secara terbuka sebegini. Hmmm mungkin ada sesuatu yang telah berlaku sehingga dia boleh berkata sebegini.

Melalui akaun Twitternya Jihan berkata dirinya yang kini sedang sarat juga tiada masalah untuk berkerja kerana fikirkan tanggungjawab.

Bagaimanapun cerita ini semakin menarik apabila Jihan ada menyentuh tentang seorang hero yang tidak bertanggungjawab.

Eh siapa tu?

Menurutnya dunia sekarang semakin kronik kerana ada individu yang tidak bertanggungjawab sehinggakan boleh menyekat kerjaya orang lain. Something fishy!

“Aku ni sarat2 pun pegi jugak keje sbb fikir tggjwb. Hero yg x btggjwb tu jugak yg korang simpan dlm industri. Sebab dia pulak keje kita disekat? Apalah makin kronik sgt dunia skrg ni. Kipas b****t dapat apa? Aduhai saleha,” tulisnya di akaun Twitternya.

Walaupun sehingga kini Jihan tiada keluarkan apa-apa kenyataan atau mengesahkan siapa individu yang di maksudkan ramai yang dapat mengagak kenyataan itu ditujukan pada Fattah kerana menarik diri dari muncul di MeleTop baru-baru ini.

BACA: Fattah Dikritik Tidak Profesional, Tarik Diri Saat Akhir

Bagi MH benda ini memang wujud dalam kehidupan harian kita. Tidak kiralah dalam zaman industri ataupun kerjaya profesional. Apapun kami memang salute dengan Jihan kerana tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam industri.

Sumber : MH

Walaubagaimanapun,isu yang panas diperkatakan semenjak Fattah Amin Tarik Diri semasa program Meletop dijalankan.

Masih lagi mengenai kekecohan isu tarik diri Fattah Amin dari rancangan hiburan MeleTOP malam tadi. Ramai yang mendakawa pelakon popular itu sebenarnya tidak berani untuk bersemuka dengan bekas kekasihnya, Neelofa yang merupakan hos rancangan tersebut dan siap “demand” agar Neelofa tidak mengendalikan segmen pertama MeleTOP.

Emrina (kiri) bersama Fattah

Namun, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal menafikan dakwaan liar itu dan mengakui Fattah sejujurnya mempunyai urusan kecemasan dan terpaksa pulang beberapa minit sebelum siaran langsung.

Jika Fattah tak nak jumpa Neelofa, dari awal lagi dia tak datang dan terus balik sebaik saja selesai bersiaran bersama Hlive. Dia memang sudah bersedia di belakang pentas tapi beberapa minit sebelum kami nak bersiaran secara langsung, dia terpaksa pulang. Sebab ada urusan yang tidak dijangkakan dan tidak dapat dielakkan.

Menurut Emrina lagi, Fattah masih sanggup menerima undangan produksi MeleTOP meskipun jadual kerjanya agak padat. Astro juga ingin meminta maaf mengenai beberapa status yang dimuat naik sehingga mengundang rasa tidak puas hati serta perbalahan netizen.

Kami mohon maaf sebab tidak nyatakan secara jelas mengenai situasi ketika itu. Fattah memang ada tapi dia tidak dapat hadir secara langsung. Kekeliruan antara pihak Lofa dan Fattah juga sudah selesai selepas program tamat bersiaran.

Terdahulu, Fattah sepatutnya hadir ke MeleTOP untuk mempromosikan drama My Coffee Prince. Walaubagaimanapun, Fattah membatalkan kemunculannya itu pada saat akhir meskipun beliau sebenarnya sudah bersiap sedia di belakang pentas. Netizen mula mengamuk besar dan menganggap Fattah bersikap tidak profesional sehingga tercetusnya pelbagai spekulasi.

Sumber Berita : mStar Online

sumber http://kisahbaru.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*