Hanya rakam ketika sedang bermain permainan video dan memberi ulasan, lelaki ini berjaya meraih RM67 juta setahun

Hanya rakam ketika sedang bermain permainan video dan memberi ulasan, lelaki ini berjaya meraih RM67 juta setahun

Hanya rakam ketika sedang bermain permainan video dan memberi ulasan, lelaki ini berjaya meraih RM67 juta setahun

Sekiranya anak anda terperap di dalam bilik tidurnya bermain permainan komputer seharian, anda pasti akan bimbang tentang masa depannya.

Namun Dan Middleton telah membuktikan bahawa bermain permainan video ternyata dapat menjana pendapatan yang begitu lumayan!

Middleton merupakan seorang pemilik siaran YouTube yang dikenali sebagai DanTDM, dipilih oleh sebuah Laman Web Berita iaitu Forbes sebagai ‘YouTuber Paling Kaya’.

Dan Middleton

Hanya dengan menggunakan rakaman siaran langsung (streaming) ketika bermain permainan video, beliau dilaporkan berjaya menjana lebih RM67 juta setahun!

Beliau dikategorikan sebagai Youtuber profesional dan meraih pendapatan ini melalui kerjasama dengan para pengiklan di YouTube.

YouTube akan membayar pemilik video jika tontonan video yang dimuat naik melebihi satu ribu tontotan melalui sistem pengiklanan berbayar yang diperkenalkan.

Pemilik saluran akan mendapat 68 peratus daripada keuntungan iklan dalam sebuah video yang diberikan oleh pihak YouTube.

Beliau bermula dengan permainan ‘Pokemon’ sebagai video pertama beliau semasa zaman universiti.

Kini beliau hanya memberikan fokus kepada permainan video ‘MineCraft’ iaitu sebuah permainan video yang membenarkan pemain untuk mereka dengan kreatif dunia sendiri menggunakan ‘blok’.

Middleton juga memegang rekod dunia Guinness untuk ‘jumlah penonton paling ramai untuk sebuah video Minecraft’.

Middleton dan pasangannya, Jemma yang berkahwin pada tahun 2013

Middleton berkahwin dengan teman wanita nya Jemma pada tahun 2013 dan Jemma juga bermain permainan video Minecraft.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan ber kualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

sumber Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*