Berpura-pura sebagai gadis biasa ketika di kelas tetapi hakikatnya dia adalah juruterbang sebenar tanpa pengetahuan pengajarnya!

Prank adalah sesuatu yang seringkali dilakukan kini tidak kira ketika bersama keluarga mahupun ketika bersama kawan-kawan baik. Ada sahaja idea tidak masuk akal yang dilakukan. Apa yang menyeronokkan ialah apabila gurauan yang dilakukan itu benar-benar menjadi, membuatkan ‘mangsa’ benar-benar tertipu dengan apa yang berlaku.

Seperti juruterbang ini dia telah berpura-pura ‘bodoh’ untuk melakukan prank terhadap seorang pengajar penerbangan.

Juruterbang ATP dan aerobatik ini mengejutkan seorang pengajar penerbangan dengan melakukan aksi menakutkan di udara

Dia berpura-pura dengan muncul sebagai seorang yang nerd dan mengambil kelas seorang pengajar penerbangan, Tom

Bekas model fesyen, Nadia Marcinko, datang ke Warwings di Palm Springs, California, dengan berpura-pura sebagai seorang bintang YouTube yang perlu mengambil kelas penerbangan untuk mendapatkan bahan untuk kerjanya walaupun dia sebenarnya tidak berminat untuk belajar mengenai cara untuk menerbangkan pesawat. Selain berpakaian seperti seorang gadis yang tidak tahu apa-apa mengenai penerbangan, Nadia juga telah menghabiskan masanya di dalam kelas dengan bermain telefon. Tom yang walau bagaimanapun terus sabar mengajarnya tentang pesawat dan cara mengendalikannya dengan betul.

Nadia berpura-pura melakukan beberapa kesilapan sehingga menyebabkan Tom benar-benar risau

Sehingga Nadia akhirnya menunjukkan kemampuannya dalam mengendalikan pesawat tersebut

Sudah tentu, Nadia sebenarnya tidak perlu menjalani pendidikan asas kerana dia adalah juruterbang sebenar dan berkelayakan untuk mengendali pesawat komersial dan aerobatik. Tambahan lagi dia sendiri adalah seorang pengajar penerbangan. Tom pula tidak mempunyai petunjuk sedikit pun bahawa dia telah mengajar seorang juruterbang sebenar yang sememang nya boleh melakukan apa sahaja aksi yang dia mahu dengan pesawat Mustang P51.

Jadi sekarang masa untuk ujian!

Tom agak gementar untuk membiarkan Nadia mengawal pesawat tersebut ketika praktikal. Tetapi sebaik sahaja Nadia mengambil alih, dia telah menunjuk kan apa yang dia mampu lakukan dan aksinya benar-benar mengejutkan Tom!

Lihat video di bawah:

Sumber: Elite Readers

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan ber kualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

sumber buletin kampung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*