‘Aku Like Sebab Takde Pondan’ – Parody Jihan Dan Bell Ngasri Buat Netizen Pecah Perut

Selepas Dato’ Seri Vida keluarkan single lagu I Am Me, Dato’ Aliff Syukri juga tidak ketinggalan untuk tampil dengan lagu Abang Nak Tegur bersama Nur Sajat.

Dah jadi macam trend bila usahawan sekarang nak jadi penyanyi. Mungkin untuk promosi produk atau pun untuk publisiti sahaja.

Dikongsikan oleh Dr Zek, ini antara sebab agu Abang Nak tegur nyanyian Dato’ Aliff Syukri dan Nur Sajat ternyata mendapat jumlah dislike paling banyak.

Dato’ Aliff dikatakan nak meniru DSV??

Lagu I am Me dari DSV, 9.9 juta views, 77K likes dan 40K dislikes di KRU Music youtube channel. Manakala Dato’ Aliff feat. Nur Sajat dengan lagu Abang Nak Tegur, 2 juta views, 22K likes dan 174K dislikes setakat ini. Lagu I am Me lebih baik berbanding yang satu lagi dari segi itu. Boleh nak dikatakan Dato’ Aliff nak meniru DSV.

Aku faham dengan muzik ni sebab aku mampu bermain alat-alat muzik seperti keyboard, piano, gitar, drum dan sebagainya. Sungguhpun aku tak berbakat tapi kerana minat, aku mempelajarinya. Takde genre spesifik yang aku suka. Dari metal, hard rock, pop, hip hop, R&B, jazz, classical, folk, dan sebagainya pun aku dengar.

Sejujurnya lagu Abang Nak Tegur ni menyakitkan telinga

Disini Dr Zek pula nak tegur lagu Abang Nak Tegor. Dengan sejujunya lagu ni menyakitkan telinga aku. Anak-anak buka kat youtube aku akan suruh stop. Kenapa aku kata begitu, ini sebabnya:

1. Lagu ini tiada nilai moral dalam masyarakat kita

Lirik lagu cinta songsang dan over bagi aku. Malu kalau anak-anak kita dengar. Tak mengambarkan kehidupan dalam masyarakat kita khususnya kaum melayu Islam.

2. Flow of chords dah ok tapi melodi tak menarik

Key E minor (kalau tak silap), range entah laa. Lain benor kedengarannya. Kalau Dato’ Jamal nyanyi lagu ni pun takkan sedap.

3. Video klip tak menarik

Hanya gambar pegun Dato’ Aliff dan Sajat. Kalau tengok video pembikinan masa recording lagi laa. Aksi seksi dan gedik. Malu anak-anak tengok.

4. Kualiti nyanyian agak kelaut

Macamana dorang ejas dan edit-edit suara 2 orang penyanyi ni. Berapa level agaknya. Maaf aku katakan, bakat tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Aku ni bukan jenis tak ‘appreciate’ lagu yang aku dengar tapi this one memang tak boleh. Maaf sekali lagi, aku labelkan lagu ni sebagai lagu badut. Menyakitkan telinga betul. Merosakan industri.

Jangan marah ye Dato’. Jangan sentap. Dah betul tu netizen menilai dengan 174K dislikes.

Kalau sebelum ini lagu Abang Nak Tegur memang mendapat pelbagai kecaman netizen. Ramai mendakwa lagu itu tidak sedap didengar. Lebih parah apabila lagu ini mendapat dislike sehingga 25k di Youtube. Memang parah.

Walau bagaimanapun, Dato Aliff dan Sajat masih tetap dengan pendiriannya. Siap buat video klip lagu sampai ke Spain. Ramai juga menantikan lagu mereka. Terbaru parody Jihan dan Bell Ngasri berjaya menarik perhatian netizen. Adoi tak pernah tak lawak!

Abang Nak Tegur!

Menerusi parody yang dibuat mereka berdua, ramai yang gelak sakan. Memang lawak habis. Paling kelakar komen netizen. Adoi tak boleh blah betullah!

Sumber kisahdunia.com via mediaterkini.tec

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*